oleh

Jangan Takut Jadi ‘SINGLE’, Tapi Takutlah Jika Dalam Berhubungan Yang SIA-SIA

-Berita-15 views
loading...
Ilustrasi
SriwijayaAktual.com – Apabila sedang
bersembang dengan ramai kenalan berkenaan dengan topik ‘single’, kebanyakan
daripada mereka meletakkan beban bahawa orang yang berada dalam dunia ‘single’
ini pastinya seorang yang berada dalam zon kesedihan dan kelihatan simpati.
Seakan ‘single’ ini satu ruang yang amat mengerikan untuk dilalui oleh
kebanyakan orang pada hari ini.
‘Single’ umpama satu
bentuk hukuman seperti terkena penyakit bahaya atau penyakit seumpamanya yang
sangat menakutkan dan menyedihkan. Walhal, persepsi sebegini tidak kukuh sama
sekali. Banyak contoh mudah yang boleh didapati di luar sana yang menunjukkan
bahawa dunia ‘single’ ini bukanlah sebagaimana yang sering ditafsirkan.
Ramai sahaja yang
menggunakan ruang sebagai ‘single’ untuk memenuhi keperluan dan potensi diri
masing-masing. Apabila kita berada dalam hubungan yang tidak sihat dan penuh
toksik, kita banyak mengeluarkan tenaga, emosi dan perhatian untuk si dia. Kita
banyak mencuri masa-masa yang ada hanya semata-mata untuk memastikan si dia
berada dalam keadaan baik dan dalam perhatian kita sentiasa.
Kalau kita
menghabiskan masa untuk orang yang sah atau orang yang tepat itu tidak
mengapalah kerana pelaburan sebegini akan mendatangkan hasil yang baik, tetapi
kita berbicara tentang orang yang belum nyata berada dalam hidup kita. Pernah
saya lihat dalam satu video soal jawab antara love coach, Matthew Hussey dengan
peserta wanita di dalam satu program live session beliau.
Wanita tersebut
mengadukan pada Matt bahawa dia sudah menghabiskan tiga tahun bersama dengan
lelaki yang salah. Dipermudahkan lagi cerita, wanita itu memberitahu selama dia
bersama dengan lelaki itu, dialah orang yang paling ‘try hard’ sementara lelaki
itu selalu memberi respon dengan cara yang negatif dan kosong.
Lalu Matt pun
bertanya kepada wanita tersebut, mengapa dia susah untuk melepaskan lelaki itu
walaupun dia sendiri akui yang diri dia tersakiti dan sering terganggu
emosinya. Jawab wanita itu; “Saya takut untuk bersendiri” Saya yakin dan pasti
bukan hanya wanita itu sahaja yang mengalami perkara ini. Pasti ada ramai di
luar sana termasuk kenalan saya sendiri pun menghidap penyakit yang lebih
kurang sama ini.
Ada yang sanggup
dikasari, dihina dan diganggu emosi saban hari kerana pada mereka benda yang
paling menakutkan ialah bersendirian. Seakan-akan bersendirian ini satu musibah
yang tidak patut dilalui. Kelmarin saya ada terbaca salah satu bab dalam buku
yang ditulis oleh tokoh motivasi self-help terkenal iaitu Richard Templar yang
berjudul The Rules Of Love.
Diselitkan dalam
buku itu bab ‘You won’t be happy with a partner until you can be happy on your
own’ (kamu tidak boleh berbahagia dengan pasangan selagi kamu sendiri tidak
bahagia dengan diri kamu sendiri). Dalam bab tersebut pun lebih kurang sama
kesnya iaitu seorang perempuan yang takut untuk bersendirian, maka sebab itu
dia bergerak dari satu lelaki kepada lelaki yang baru apabila putus hubungan.
Apa yang kita perlu
tahu ialah kebahagiaan itu ada dalam dada kita. Ramai tidak menyedari hakikat
ini kerana dia belum kenal dengan dirinya sendiri. Apabila dia belum kenal diri
sendiri, dia tidak tahu dengan cara bagaimanakah dia hendak membahagiakan dirinya.
Contohnya kalau kita tidak kenal dengan seseorang, bagaimana untuk kita tahu
apa yang disukainya, bukan?
Adakah dia suka
makan ikan? Dia bolehkah layan animasi? Persoalan ini yang akan terpancar dari
fikiran kita. Begitulah perumpamaannya jika kita belum kenal diri kita ini
siapa. Kita suka apa, apakah matlamat kita, apakah hala tuju kita dalam jangka
masa pendek dan panjang, apakah limitasi kita?
Apakah kelemahan
kita, apa jalan hidup yang kita hendak pilih dan lalui sampai kita mati?
Kesemua persoalan ini patut ditanyakan pada diri kita semenjak awal lagi.
Apabila kita sudah mendapat jawapan yang konkrit dan jelas daripada
persoalan-persoalan ini, maka tiada masalah langsung kalau kita ini ‘single‘
atau berpunya. Kerana diri kita sahaja sudah cukup bahagia.
Kita tidak boleh
bahagia jika hanya bergantung kepada faktor luaran- mengharapkan orang
membahagiakan kita namun kita sendiri keliru dan termenung tentang diri
sendiri. Bahagiakah begitu? Firman Allah;
قُلْ بِفَضْلِ اللهِ وَبِرَحْمَتِهِ
فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
 
“Katakanlah: Dengan
kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan
Allah dan rahmat-Nya itu dari apa yang mereka kumpulkan.” – (Surah Yunus 10:
58)
Imam Ibn Qayyim
al-Jauziyah dalam karyanya Miftah Dar Sa’adah mengungkapkan tanda kebahagiaan
pada diri seseorang itu ada tiga iaitu:- #1- Bersyukur dengan nikmat yang
diberikan. #2- Sabar ketika mendapat ujian dari Allah. #3- Bertaubat segera
jika ada melakukan dosa. Selagi mana kita jelas dengan matlamat hidup kita
tentulah kita dapat meraih kebahagiaan sebenar walaupun status kita masih
bujang. Berhentilah dari meletakkan sangkaan meleset bahawa orang yang ‘single’
harus berasa sedih kerana keseorangan. [*]

Komentar

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

News Feed